Main Kasar, Jam Tangan Rekaan Khas Untuk Yang Nak Kurus, Bagi Renjatan Elektrik Kalau Terlebih Makan

Semua orang mahukan tubuh badan yang kurus dan berat badan yang ideal. Oleh itu, pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan berat badan. Antaranya dengan melakukan aktiviti senaman dan juga mengawal pemakanan. Namun begitu, disebabkan terdapat lambakan makanan-makanan yang lazat, langkah ini selalunya akan gagal.

Berikutan itu, jam tangan Pavlok telah dicipta bagi membantu mengawal pemakanan kehidupan seharian manusia. Secara asasnya, peranti ini akan memberi amaran kepada anda sekiranya tidak menepati arahan yang ditetapkan.

Sekiranya pengguna menjamah makanan melebihi kuantiti yang ditetapkan, peranti yang hadir dalam bentuk jam itu akan memberi amaran dengan kejutan elektrik setinggi 350 volt.

Gambar: Amazon

Selain mengawal pemakanan anda, peranti ini juga dapat menghalang anda daripada melakukan tabiat buruk yang biasa anda lakukan. Ia akan memberi kejutan elektrik kepada anda sebagai peringatan supaya menghentikan tabiat itu dan tidak melakukan pada masa akan datang. Antara tabiat buruk yang boleh ditetapkan menggunakan peranti ini adalah seperti keinginan untuk merokok, menggigit kuku, menyentuh rambut, menunda sesuatu pekerjaan, berfikiran negatif dan juga mengurangkan pengambilan gula.

Peranti ini mempunyai 150 kejutan bagi setiap kesalahan yang berbeza. Ia juga dapat membantu anda untuk keluar daripada tabiat buruk yang biasa anda lakukan dan secara langsung dapat mendisplinkan diri sendiri. Menurut pelanggan, peranti ini sebenarnya dapat mengubah diri mereka terutamanya yang mempunyai tabiat buruk.

Saya gembira membelinya, setakat ini saya percaya ia berfungsi, ia tidak akan menyelesaikan isu yang panjang di dalam beberapa hari, jadi akan perlu kekal dengan rancangan dan benar-benar melakukannya.

Peranti yang banyak membantu manusia dalam aktiviti seharian ini dijual pada harga RM828 ($199) yang berpatutan dengan fungsinya yang pelbagai itu. Jadi, anda sudah tidak perlu risau untuk menghadkan pemakanan anda kerana sudah ada peranti yang boleh menjalankan proses tersebut.

Sumber: Ladbible

Sumber : SiakapKeli