Nak Sertai Latihan Aktiviti Air, Wanita Terbabas ‘Parking’ Kereta Dalam Kolam Renang

Seorang wanita warga emas berusia 93 tahun berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sebuh kolam renang di Pusat Akuatik Westlake, Missouri. Ketika kejadian, wanita itu baru sahaja tiba di lokasi untuk menyertai latihan aktiviti air.

Walaubagaimanapun, wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian itu berlaku di saat wanita tersebut terasa pitam dan terus menekan pedal minyak anpa sedar. Mujurlah, air kolam tersebut hanyalah cetek sahaja.

Carolyn Solomon, pengurus Westlake Aquatic Centre, hadir semasa kejadian itu. Beliau berkata kira-kira 10 orang berada di dalam bangunan pada masa itu. Dia mendengar dentuman kuat dan keluar untuk menyiasat.

Polis mengatakan wanita itu berada di dalam keretanya selama 5-10 minit sebelum anggota bomba dapat menyelamatkannya. Operasi mengeluarkan kereta berkenaan agak sukar menyebabkan operasi kolam tersebut ditutup sementara.

Sumber: Lakenews

Sumber : SiakapKeli