Pelik Tapi Benar, Bandar Terbesar Dunia Yang Tak Boleh Diakses Melalui Jalan Darat

Mungkin ramai yang bersangka di hutan Amazon tidak mempunyai penghuni manusia tetapi anda salah sebenarnya sudah berabad lama suku kaum Huaorani di mana mereka hidup tanpa berpakaian, bergantung kepada alam dan suku kaum yang paling digeruni di hutan Amazon.

Selain dari masyarakat suku kaum Huaorani ini, ada satu bandar yang besar dan pesat yang dikenali sebagai Iquitos. Bandar ini sempurna seperti bandar-bandar di negara kita cuma yang bezanya adalah mereka tidak ada jalan untuk menhubungkan dengan bandar besar yang

Keluasan hutan tropika tersebut menjangkau lebih kurang 7 juta km persegi dan mempunyai penduduk seramai 450,000 orang di sebuah bandar besar di situ. Apa yang menarik di sini? Bukan kerana haiwan liar yang unik tetapi laluan bandar ini tidak dapat diakses melalui jalan raya.

Jika anda ke sana, anda pelu mengambil pangangkutan udara, jika anda menggunakan laluan air, mungkin akan mengambil masa selama seminggu.

Tempat ini dikenali sebagai Iquitos merupakan bandar pelabuhan penting di Amazon dan bandar hutan terbesar di Peru yang menjadi pertemuan antara sungai Nanay dan sungai Itaya iaitu kira-kira dari 3,700 km hulu dari lautan Atlantik dan 1,030 km dari utara timur laut Lima.

Kawasan ini berkembang pesat oleh sektor tanaman getah sejak dari abad 19 yang diterokai oleh gelintir peneroka secara besar-besaran. Sejak dari itu, beribu pendatang dari seluruh dunia berhijrah ke situ untuk membina hidup dengan sumber kekayaan mereka adalah getah.

Keadaan kini bandar di penempatan Iquitos.

Perkembangan industri kenderaan menyebabkan peningkatan permintaan terhadap getah meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung, peluang dalam sektor tanamana getah sangat tinggi sehinggakan ramai yang menjadi pedagang bagi menjual stok getah.

Selepas tahun 1912, pengeluaran getah jatuh secara drastik dan kemasukan orang luar ke bandar ini semakin merosot. Malah, aktiviti ekonomi mula berkembang perlahan selepas itu. Kediaman-kediaman mewah mula ditinggalkan kerana ada sebahagian penduduk yang mengambil keputusan untuk berpindah keluar daripada bandar ini.

Bagi penduduk tempatan, mereka hanya mahukan jalan raya dibina untuk kesenangan menghubungkan bandar ini dengan bandar lain yang berhampiran. Walaupun sudah berkali-kali memohon kepada Presiden Peru namun tiada jawapan.

Sumber: Iluminasi

Sumber : SiakapKeli