“Sekarang Ni Allah Bukan Uji Hang, Tapi Tengah Uji Aku”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan mudah untuk bergelar seorang polis. Sekilas pandang, terdetik dalam hati bergayanya penampilan anggota polis yang lengkap berpakaian seragam. Namun, pernahkah terlintas dalam fikiran kita akan dugaan dan cabaran yang ditempuhi oleh mereka?

Untuk menjadi orang yang berguna, haruslah berbuat baik dengan semua orang. Walaupun kita mempunyai pangkat yang tinggi pasti akan ada cabaran yang lebih lagi. Dalam hidup ini, jangan hakimi orang tanpa kita kenal asal usulnya.

Sama seperti apa yang diceritakan oleh seorang anggota polis, Muhammad Azizan di laman Facebooknya, mengenai kisah seorang pemuda yang mencuri dua bungkus roti Gardenia di sebuah pasaraya.

Walaupun kisah ini berlaku pada tahun 2010 tetapi ia sangat memberi impak kepada masyarakat atas kebaikan yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Balainya sewaktu bekerja di salah sebuah balai polis di Pulau Pinang.

Kisahnya terjadi dimana seorang lelaki didakwa mencuri makanan di sebuah pasaraya besar dan ditahan oleh pengawal keselamatan tempat tersebut kemudian menelefon pihak polis untuk menahan lelaki berkenaan.

Sampai kat teaco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia. Dapat info laki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai rm10.

3 kali  aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak sampai rm10?”. Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.

Jadi, bawa jugaklah laki tu naik kereta. Dalam kereta aku tanya kenapa curi? Terkedu aku dengar.

Dia cakap tak ada duit nak beli, curi pun untuk bagi anak dia makan kat rumah. Dia cakap lagi, anak dia dah 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah. Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dengan roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu. Dah depan EO nk buat report. Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai. 

AOCS aku suruh call atasan dia datang. Dalam 20 minit datang seorang wanita melayu, incharge guard tesco tu. Apa lagi berbakul-bakul wanita itu dapat nasihat dari AOCS.

Inilah AOCS yang baik hati

Tetapi dengan tegasnya, wanita berkenaan meminta bayaran balik sebanyak 10 kali gamda daripada barangan yang dicurinya. Dengan pantas AOCS membayarnya. Dah selesai urusan, melutut lelaki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dalam balai.

AOCS aku cakap”Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tengah uji aku sekarang, untuk tengok apa aku boleh buat dengan pangkat yang aku ada untuk bantu sama saudara yg tengah susah”

Laki tu baru kena buang kerja kilang. Isteri lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun. Aocs aku siap bagi duit poket untuk dia survive 2 beranak. Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari AOCS aku, dia kata dah dapat kerja baru, dia nak bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dah pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yang AOCS aku pesan kat aku “kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”

Jadi, walau apa pangkat kita sekalipun janganlah bangga diri sehinggakan menindas orang bawahan. Hidup ini bagaikan roda, tidak selalu kita di atas.

Sumber: Muhammad Azizan

Sumber : SiakapKeli