Harga Minyak Petrol RON 97 Turun Lagi, RON95 Dan Diesel Kekal

Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa harga minyak Petrol Ron 97 turun manakala RON95 dan Diesel kekal.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Jun 2019 sehingga 28 Jun 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.41 seliter kepada RM2.38 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.08 seliter (bersamaan dengan had penetapan harga runcit yang telah ditetapkan oleh Kerajaan) dan RM2.19 seliter masingmasing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Sumber : SiakapKeli