Hujan Lebat Dan Ribut Petir Di Tiga Buah Negeri Bermula Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Perak, Selangor dan Johor. Kawasan-kawasan ini dijangka menerima ribut petir kuat sehingga jam 7 malam ini.

Kawasan yan terlibat ialah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim (Perak), Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor (Selangor), Kluang, Mersing dan Kota Tinggi (Johor).

Orang ramai yang berada dikawasan-kawasan terbabit dinasihatkan untuk berhati-hati supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber : SiakapKeli