Bayi Malang Maut Ditangan Ibu Sendiri Selepas Direndam Dalam Air Panas

Seorang ibu berusia 41 tahun dari Winconsin, Amerika Syarikat telah melakukan sesuatu yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berhati perut dan sangat kejam kepada bayinya sendiri.

Beliau didakwa telah merendam bayinya yang baru berusia 2 tahun dengan air panas tanpa mengendahkan jeritan daripada anaknya itu, pada September tahun lalu.

Akibat perbuatan itu, bayi malang tersebut telah meninggal dunia beberapa hari selepas kejadian berpunca daripada keengganan suspek membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut sumber, suspek sendiri telah menelefon panggilan kecemasan 911 pada 23 September lalu selepas mendapati anaknya itu tidak bernafas, kaki yang kaku serta badannya mula kebiruan.

Bayinya itu telah meninggal dunia semasa pasukan kecemasan tiba. Melihat kepada keadaan mangsa, pihak berkuasa berasa sangsi dan menahan suspek untuk tujuan siasatan.

Semasa siasatan dijalankan, suspek akhirnya mengaku bahawa dia telah merendam anaknya itu dengan air panas, namun hanya untuk tempoh satu minit.

Akan tetapi, selepas menjalankan pemeriksaan, doktor mendakwa bayi tersebut telah direndam sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 minit pada suhu sekitar 50 darjah celsius.

Sehubungan dengan kejadian itu, suspek telah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun.

Sumber: Fox 6 Now

Sumber : SiakapKeli