Xiaomi Berkongsi Siri Peranti Baru Dinamakan Xiaomi CC – Ditujukan Kepada Pengguna Muda

CEO Xiaomi, Lei Jun hari ini telah berkongsi mengenai siri peranti baru daripada mereka yang akan dinamakan Xiaomi CC. Siri peranti ini dikatakan bakal ditujukan kepada pengguna muda, sekaligus menyertakan rekaan yang lebih menarik bersama-sama pelbagai ciri-ciri mercu.

Xiaomi CC membawakan makna kepada Colorful & Creative, dan dilihat merupakan kesinambungan daripada pengambil-alihan Meitu oleh Xiaomi sebelum ini.

Xiaomi CC

Lei Jun mengatakan pasukan ini terdiri daripada anak muda, yang lebih memfokuskan kepada seni – sekaligus memberikan petanda yang mana rekaan untuk peranti Xiaomi CC akan lebih menarik dan artistik berbanding kebiasaan.

Lei Jun turut menekankan yang mana spesifikasi penawaran peranti Xiaomi CC ini adalah seumpama peranti mercu – termasuk dari segi kamera hadapan dan belakang.

Buat masa ini, tiada sebarang peranti yang diumumkan dibawah Xiaomi CC ini. Apa pun, desas-desus berkaitan Xiaomi CC9 telah mula kedengaran, sekaligus memberikan petanda pengenalannya tidak lama lagi secara rasminya.

Sumber : Amanz