Tular Kapal Terbang Tersangkut Di Jejantas Sungai Ramal Disahkan Palsu

Rujuk pada Bernama, dakwaan sebuah lori membawa kapal terbang tersangkut di jejantas Sungai Ramal, Kajang yang mengakibatkan kesesakan teruk yang tular menerusi aplikasi media sosial Twitter sejak tengah hari ini adalah palsu.

Menafikan insiden berkenaan, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dalam satu kenyataan di laman Twitternya menegaskan aliran trafik di sepanjang Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Lebuhraya Kajang SILK) bergerak lancar.

“Dakwaan trailer membawa kapal terbang tersangkut di jejantas Sungai Ramal, Kajang dan mengakibatkan kesesakkan teruk adalah tidak benar.

“Trafik di sepanjang lebuh raya SILK berjalan lancar. Jangan batalkan rancangan untuk memenuhi jemputan jamuan Aidilfitri. Trafik di sepanjang lebuh raya SILK berjalan lancar dan terkawal,” menurut Prolintas di laman Twitter rasminya.

Sumber: Bernama

Sumber : SiakapKeli