Beruang Kutub Ditemui Di Tempat Perlupusan Sampah Dipercayai DIlepaskan Oleh Pemburu

Seekor beruang kutub terakam merayau-rayau dalam kebuluran dan lemah di sebuah kawasan pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia. Kehadiran beruang betina berkenaan di tempat yang tidak sepatutnya ternyata meresahkan pelbagai pihak terutamanya golongan pencinta haiwandan alam sekitar.

Pakar mengatakan bahawa beruang berkenaan terlalu muda untuk melalui perjalanan jauh seperti itu. Ia begitu jinak dan tidak mempunyai masalah untuk didekati sedangkan sepatutnya beruang kutub liar selalunya akan bertindak agresif.

Oleh itu, pihak zoologist beranggapan bahawa ia telah ditangkap sejak dari kecil untuk dipelihara atau dijual dengan harga tinggi.

Tetapi mungkin pemburu haram bertindak melepaskannya kerana takut atas pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan Rusia tahun lalu. Undang-undang tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika didapati bersalah (memburu haiwan berkenaan).

Beruang kutub ini kini dirawat di sebuah zoo di Siberia

Beruang betina itu berjaya ditangkap selepas ditembak dengan anak panah tranquilizer Oleg Kokorev dari sebuah zoo di Krasnoyarsk. Beruang berkenaan diterbangkan dan dibawa ke sebuah zoo di Siberia untuk mendapatkan rawatan.

Setelah berhari-hari menghabiskan masa di tempat pembuangan sampah, beruang berkenaan teleh menghidapi diarrhoea (cirit-birit) serta berada dalam keadaan berbahaya yang memerlukan rawatan lanjut.

Sumber : Metro.UK 

Sumber : SiakapKeli