Nova Mini Bluetooth Speaker Dilancarkan Dengan Kemampuan Kalis Air

Serentak dengan pelancaran Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i pada Jumaat lalu, Huawei turut melancarkan beberapa aksesori terbaru untuk ketiga-tiga peranti tersebut. Antara yang kami rasakan menarik ialah Nova Mini Bluetooth Speaker. Pembesar suara nirwayar ini bersaiz padat 50 x 50 x 56.3mm. tetapi masih mempunyai kemampuan kalis air IP54.

Apabila dua Nova Mini Bluetooth Speaker dipadankan, ia menyokong audio stereo. Dengan bateri sebesar 600mah, ia mampu memainkan muzik sehingga empat jam berterusan. Dengan mikrofon terbina, pengguna boleh melakukan panggilan telefon juga pada pembesar suara ini. Di China Nova Mini Bluetooth Speaker dijual pada harga RMB129 (~RM 77) dalam warna hitam, merah, hijau dan ungu,

Sumber : Amanz