Terkini: Waspada Warga Kota, Amaran Ribut Petir Di Beberapa Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu amaran ribut petir yang melibatkan  beberapa kawasan melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah. Kawasan-kawasan ini dijangka menerima ribut petir sehingga 5 petang ini.

Gambar : Jabatan Meteorologi Malaysia

Antara kawasan yang terlibat adalah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat.

Manakala untuk pendalaman Sabah, kawasan yang dijangkakan terjejas adalah, Sipitang, tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan.

Di Pantai Barat Sandakan pula, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia 

Sumber : SiakapKeli