(Video) ‘Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau!!’ – 2 staff 7E bergaduh depan customer

Apabila bekerja, segala perihal peribadi hendaklah ditolak ketepi lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di barisan depan seperti kaunter. 

Namun tidak bagi dua pekerja ini yang tanpa segan silu mempamerkan sikap tidak profesional masing-masing sehingga video pergaduhan mereka viral di media sosial. 
Tidak diketahui punca sebenarnya pergaduhan mereka berdua namun wanita yang dipercayai penyelia premis kedai serbaneka beraircond 24 jam itu mendakwa pekerja terbabit kurang ajar.

Juruwang itu pula mendakwa dia tidak sihat dan berdasarkan percakapannya pelanggan yang merakam video itu, “Apa dia ingat saya haiwan ke mau makan berdiri,” katanya. 

Pelanggan yang berada di premis itu merakam kejadian itu menyebabkan penyelia terbabit berang lalu memarahinya. 


“You sikit-sikit Cina terus viral,” katanya menyebabkan pelanggan terbabit berang lalu berdepan dengannya namun tidak diendahkan. 
Tidak puas hati dengan keadaan itu, dia menghubungi pihak atasannya untuk datang ke premis itu untuk membantu menangani masalah tersebut. 
“Jangan sentuh aku! Aku jijik dengan kau!” jerit juruwang terbabit. 
Sementara itu di media sosial, netizen pula mengecam tindakan kedua-dua mereka yang jelas sekali melanggar etika kerja. 








Sumber: The Panas

Sumber : TheReporter