“Macam Aku Sorang Je Dengar,” Meremang Bulu Roma, Lelaki Rakam Suara Wanita Mengilai Di Kedai Makan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular satu video seorang lelaki merakan suara ‘benda’ mengilai sekitar kedai makan tersebut. Rentetan dengan video berkenaan, seorang lelaki tampil memberi penjelasan yang sebenar berkaitan video tersebut.

Menurut pemilik akaun Twitter, Khey Amir menceritakan kisah yang berlaku tersebut. Dakwanya, penduduk di sekitar situ sudah lali dengan bunyi mengilai tersebut. Menurutnya, ada yang pernah nampak dan dengar.

Katanya lagi dalam bebenang di Twitter, kalau ‘lepak’ di padang berhampiran situ, penduduk disitu melarang budak-budak muda untuk lepak  pepagi buta kerana kawasan ini agak ‘keras’.

Baru-baru ini rumah buat open house. Abang kat dapur tengah basuh-basuh pinggan dengan tolong buat air. Tetiba dia menjerit berlari kedepan. Sambil gigil2. Saya tanya kenapa kau ni! Aku nampak nenek rambut putih brjalan laju kat belakang rumah. Sah, abang aku nampak macam mana kami semua nampak kesian dia.

Memang dah lali dah. Sebab dia ada sejarah sebelum membangun.

Sumber: Khey. Amir 

Sumber : SiakapKeli