Insiden Sesak Nafas: 14 Lagi Sekolah Ditutup Empat Hari Bermula Esok – Exco Kesihatan Johor

Sebanyak 14 sekolah lagi di sekitar Pasir Gudang diarahkan tutup selama empat hari bermula esok hingga Khamis ini merujuk pada Bernama.

Semua sekoalh itu adalah dalam jarak enam kilometer daripada Sekolah Taman Mawar di Pasir Gudang yang juga sekolah pertama terjejas akibat pencemaran udara, Khamis lalu.

Sekolah terbabit termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Taman Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3, SK Taman Cendana, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang dan SMK Kota Masai.

Turut ditutup, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, SK Taman Scientex, SMK Taman Scientex, SK Pasir Gudang 4 dan SMK Pasir Gudang 2 yang sebelum ini sudah ditutup.

Sumber: Bernama

Sumber : SiakapKeli