Paris Ingin Menawarkan Perkhidmatan Teksi Terbang Ketika Sukan Olimpik 2024

Temasya Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di kota Paris. Ini adalah kali ketiga Paris menjadi tuan rumah acara sukan paling berprestij dunia dan kali ini mereka ingin menawarkan perkhidmatan teksi terbang kepada pelawat bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya Paris yang terkenal teruk.

Pengumuman rancangan ini dilakukan ketika Paris Air Show melibatkan Aeroports de Paris (ADP), Airbus dan RATP yang merupakan syarikat pengangkutan kota Paris. Pada waktu ini perjalanan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle (CDG) ke Paris mengambil masa sejam. Perkhidmatan teksi terbang akan mengurangkan waktu perjalanan dengan mendadak.

RATP bercadang membina sepuluh lapangan teksi terbang di sekitar Paris dengan perkhidmatan keluar dari CDG setiap enam minit. Airbus pula akan menawarkan teksi terbang Vahana dan CityAirbus yang sedang mereka bangunkan.

Sumber : Amanz