End Game Versi Baru Didakwa Bakal Tampilkan Watak-Watak X-Men Dan Fantastic Four?

Umum sudahpun sedia maklum dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak Marvel ini mengenai kemunculan semula Avengers: End Game versi ‘kemaskini’ di pawagam seluruh dunia.

Berita ini walaupun dikaitkan dengan hajat besar Marvel mahu merampas taktah filem ‘boxoffice’ sepanjang zaman milik Avatar, namun tidak dapat dinafikan berjaya menarik kembali keterujaan para peminat MCU.

Misalnya, ada yang membuat telahan bahawa versi baru ini akan memperkenalkan watak superhero baru selain memberi sedikit hint mengenai fasa keempat MCU akan datang.

Perlu diingat, End Game yang merupakan filem terakhir fasa ketiga tidak mempunyai sebarang post-credit scene sekaligus para peminat tidak dapat meramal perancangan akan datang Marvel.

Paling menarik, mengenai satu teori yang dimuat naik oleh peminat tegar Marvel kemudian dikongsikan oleh akhbar antarabangsa, Mirror UK.

Menurut teori berkenaan, versi kemas kini kemungkinan akan memasukan satu scene kumpulan superhero terkenal di bawah Fox sebelum ini, Fantastic Four, Victor Von Doom dan  X-Men.

Kata perminat tersebut, dia percaya scene berkenaan diletakkan di bahagian post-credit scene.

Bagaimanapun ini semua hanyalah teori peminat, betul atau tidak sama-samalah kita nantikan versi baru nanti.

Sumber: Mirror UK

Sumber : SiakapKeli