Aplikasi ‘UEM Sunrise hUb’ Dilancarkan Dengan Kemudahan Untuk Mengurus Pemilikan Hartanah

Memiliki unit rumah dan hartanah adalah impian setiap individu. Baru-baru ini, UEM Sunrise Berhad telah melancarkan aplikasi UEM Sunrise hUb bagi kemudahan pelanggan. Aplikasi ini berperanan dengan memantau senarai bil, menjadualkan pemilikkan kunci, dan berupaya untuk melaporkan sebarang kerosakan unit anda.

Pelaksanaan aplikasi ini adalah untuk memenuhi pengalaman yang lebih interaktif buat pelanggan hartanah mereka. Aplikasi ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif UEM Sunrise untuk penglibatan dalam industri pendigitalan.

Untuk makluman anda, aplikasi ini juga dapat meningkatkan kecekapan kualiti dalam sistem pengurusan hartanah. Di mana pencapaian tersebut dapat diperolehi menerusi penyelidikan, penambahbaikan dalam proses jualan dan pelaburan dalam teknologi. Ia juga dibangunkan untuk memenuhi keperluan pelanggan aktif mereka yang dikenali sebagai Tresorian. Malah, penggunaan aplikasi ini turut disasarkan kepada bakal pembeli rumah dengan inovasi dan digital selari dengan keperluan hari ini.

Bagi setiap pembelian hartanah UEM Sunrise, pengguna hUb dapat mengakses pelbagai bahagian pada aplikasi. Antaranya anda dapat melihat jualan hartanah pada masa akan datang, promosi, pelancaran projek dan banyak lagi sebelum membuat sebarang keputusan pembelian. Berikut adalah rakan kongsi digital yang turut terlibat pada aplikasi Grab Partners, Virtareal, HOMEWORKS.MY, Salesforce, Loanplus, InneoNusa, Jom Parking dan SOCAR.

Bersempena dengan pelancaran itu, UEM Sunrise juga bakal menjalankan kempen #UEMShub sehingga 28 Jun 2019 ini, memberikan tiket filem percuma kepada 300 pengguna bertuah yang memuat turun aplikasi hUb, dan kongsikan pengalaman mereka di Instagram.

Muat Turun  – Aplikasi UEM Sunrise hUb Google Play

Muat Turun – Aplikasi UEM Sunrise hUb App Store

Sumber : Amanz