(Video) Tindakan Pemandu Kurier Turun Van Semata-Mata Bantu Lelaki Tua Lintas Jalan Dapat Pujian

Membantu orang lain yang berada dalam kesusahan merupakan satu amalan yang baik. Selain memberi kemudahan kepada golongan yang dibantu, diri sendiri dan orang lain juga dapat menikmati faedah daripada pertolongan yang dihulurkan.

Situasi ini ditunjukkan dengan jelas menerusi rakaman seorang individu yang membantu seorang lelaki tua sedang melintas jalan. Perbuatan terpuji lelaki tersebut telah berjaya dirakam oleh salah seorang pemandu, H. Leonardi yang betul-betul berada di hadapan orang tua berkenaan.

Terdapat lalu lintas yang sibuk dan lampu isyarat telah bertukar hijau

Ketika itu saya melihat orang tua mengalami kesukaran menyeberangi jalan raya kerana masalah keupayaan

Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki yang merupakan pemandu kurier DHL Express Singapore telah membantu lelaki tua tersebut untuk melintas jalan. Lelaki tersebut bertindak mendukung lelaki tua itu supaya pergerakan menjadi lebih cepat. Tindakan pantas pemandu DHL itu telah menyebabkan lalu lintas menjadi lancar semula.

Dalam pengamatan saya, pemandu DHL itu adalah seorang wira yang keluar untuk membantu orang tua.

Saya benar-benar tersentuh dengan kebaikannya dan merasakan nilai kemanusiaan saya telah pulih.

Pemandu tersebut yang dikenali sebagai Anson Chung, 40 tahun telah memberitahu dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar barang dan terlihat lelaki tua itu sedang bergelut untuk melintas jalan. Tambahnya lagi, dia hanya ingin membantu lelaki tersebut menyeberangi jalan dengan selamat supaya dapat pulang ke rumah dengan selamat. Walau bagaimanapun, dia tidak menyedari perbuatannya itu dirakam dan telah menjadi tular.

Saya hanya melakukan apa yang betul, jadi saya tidak sangka ia akan menjadi tular.

Berikutan itu, pengarah urusan DHL Express Singapore, Christopher Ong berkata bahawa dia berbangga mempunyai pekerja yang baik seperti Anson Chung.

Kami gembira kerana di sana pada masa yang tepat untuk memberi bantuan.

Dia adalah contoh kepada semua pekerja tentang bagaimana hendak menghubungkan orang ramai dan meningkatkan kehidupan selain daripada kerja penghantaran bungkusan.

Sumber: Stomp

Sumber : SiakapKeli