Realme Bakal Hadir Dengan Telefon Menggunakan Kamera 64-Megapixel Tidak Lama Lagi

Realme berjaya mencuri perhatian ramai pengguna melalui penawaran telefon pintar dengan spesifikasi yang baik dan ditawarkan pada harga sangat berpatutuan. Walaupun ditawarkan pada harga yang sedikit rendah berbanding yang lain, namun Realme sering menyertakan beberapa ciri-ciri menarik bersama peranti mereka.

Terkini, CEO Realme telah mula mengacah, memperlihatkan mereka bakal melancarkan telefon pintar dengan kamera 64-megapixel tidak lama lagi.

Telefon pintar terbaru berkenaan bakal dijana sensor 64-megapixel GW1 1/1.72”, sekaligus menawarkan sokongan rakaman yang sangat baik melaluinya.

Buat masa ini, ia masih belum diumumkan bilakah ia akan dilancarkan. Namun, dengan perkongsian maklumat awal ini, kita mungkin boleh menyasarkan pengenalannya dalam masa terdekat ini.

Sumber : Amanz