Ubuntu 19.10 Akan Menyertakan Sejumlah Pakej 32-bit Terpilih Bersama Dengannya

Pada minggu lepas, pembangun Ubuntu telah mengumumkan ingin menamatkan sokongan untuk versi 32-bit. Perkara ini sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan dikalangan komuniti, malah pihak Valve turut mengambil langkah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Ubuntu 19.10 disebabkan ketiadaan sokongan 32-bit.

Ubuntu 32-bit

Lanjutan daripadanya, kini pihak pembangun Ubuntu membuat perubahan, dan mengatakan mereka akan menyertakan sejumlah pakej 32-bit i386 terpilih bersama-sama Ubuntu 19.10 dan juga Ubuntu 20.04 LTS.

Seperti biasa, sebuah proses akan diadakan dalam membolehkan komuniti menentukan pakej 32-bit yang diperlukan pada sistem operasi akan datang berkenaan.

Ini sekaligus akan memastikan sejumlah perisian popular seperti Wine, Ubuntu Studio dan permainan untuk terus menggunakan pakej 32-bit tertentu, dan memastikan perisian berkenaan berjalan lancar pada komputer pengguna.

Dengan pengumuman ini, ia semestinya mengembirakan sejumlah pengguna, termasuk para peminat permainan video di platform Ubuntu.

Sumber : Amanz