Huawei Berkongsi Tarikh 19 Peranti Akan Mula Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Huawei telah berkongsi senarai 42 Peranti Yang Akan Menerima EMUI 9.1 pada bulan April yang lalu. Hari ini mereka berkongsi pula tarikh rasmi 19 peranti akan mula menerima versi terkini sistem operasi yang sebelum ini digunakan pada P30 Pro.

Antara fungsi baharu yang akan diperkenalkan menerusi EMUI 9.1 ialah ‘moon mode yang membolehkan peranti mengambil gambar bulan dengan jelas. Ia telah diperkenalkan pada Huawei P30 & P30 Pro, dan dijangka akan diperluaskan kepada Huawei Mate 20 Pro dan Mate 20 X.

Jun 2019

  1. P20 Lite
  2. Mate 20
  3. Mate 20 Pro
  4. Mate 20 RS Porsche Design

Julai 2019

  1. P20
  2. P20 Pro
  3. Nova 3
  4. Nova 3i
  5. P30 Lite
  6. Mate 10
  7. Mate 10 Pro
  8. Mate 10 RS Porsche Design
  9. Mate 9
  10. Mate 9 Pro
  11. Y9 2019
  12. Y6 Pro 2019
  13. Y5 2019

Ogos

  1. P10
  2.  P10 Plus

Sumber : Amanz