Jaga-Jaga Penduduk Di Lima Buah Negeri, Amaran Ribut Petir Petang Ini

Sebentar tadi, Jabatan Meterorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri iaitu Kedah, Sabah, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

Ribut petir dijangka melanda Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Tawau dan Sandakan (Sabah) sehingga 5 petang ini manakala Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin (Pahang), Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol (Negeri Sembilan) serta Segamat dan Mersing (Johor) dijangka dilanda ribut sehingga jam 4 petang.

Orang ramai di kawasan terlibat diingatkan supaya berhati-hati dan mengelakkan aktiviti luar di kawasan terbuka bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Sumber: MetMalaysia

Sumber : SiakapKeli