WeChat Pay Memperkenalkan Ciri Smart Order Untuk Restoran Mamak

WeChat ialah sebuah aplikasi permesejan yang cukup terkenal di beberapa di rantau Asia, termasuklah negara asalnya, China, dan beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Selain daripada membolehkan para pengguna menghantar mesej antara satu sama lain, ia juga hadir dengan sebuah ciri pembayaran yang dinamakan WeChat Pay yang membolehkan pengguna membayar pembelian-pembelian mereka melalui aplikasi tersebut.

Melalui WeChat Pay, ciri Smart Order diperkenalkan, dimana pengguna boleh memesan makanan melalui aplikasi WeChat, membayarnya dan membayar makanan tanpa perlu memanggil pelayan untuk mengambil pesanan anda.

Melalui aplikasi WeChat, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR, dimana mereka akan ditunjukkan menu makanan dan minuman, lokasi restoran dan juga meja dimana mereka sedang duduk.

Selepas membuat pilihan makanan dan minuman, pengguna kemudiannya akan dimintak untuk mengesahkan permintaan, dan membayar untuk makanan dan minuman melalui WeChat Pay.

Buat masa ini, pihak WeChat Pay mengesahkan bahawa ciri ini kini hadir di semua Restoran Syed Bistro di seluruh Malaysia, dan akan diperkenalkan di restoran-restoran lain dalam masa yang terdekat ini.

Sumber : Amanz