Tanah Runtuh : Empat Pekerja Myanmar Dikhuatiri Maut Tertimbus

George Town : Empat pekerja warga Myanmar dikhuatiri maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Tanjung Bungah dekat sini, malam ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhtar berkata operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pihaknya dengan kerjasama polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia selepas laporan berhubung insiden itu diterima kira-kira 9.25 malam ini.

”Setakat ini kita sudah mengenal pasti lokasi mangsa-mangsa di bawah timbunan tanah dengan kedalaman kira-kira 4.5 meter.

”Usaha mengeluarkan mereka sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi sumber malam ini.

Sumber : Bernama

Sumber : SiakapKeli