Apple Mengesahkan Pengambil-Alihan Syarikat Swapandu, Drive.ai

Lanjutan daripada laporan mengatakan Apple ingin membeli syarikat swapandu Drive.ai beberapa minggu lepas, hari ini syarikat teknologi berkenaan mengesahkan pengambil-alihan berkenaan kepada pihak Axios. Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Pengambil-alihan oleh pihak Apple dilihat lebih memfokuskan kepada mendapatkan jurutera disebalik syarikat berkenaan, selain daripada rekaan produk memfokuskan swapandu.

Selain daripada itu, pengambil-alihan ini turut mengesahkan yang mana Apple masih meneruskan hasrat untuk hadir dengan teknologi swapandu mereka tersendiri. Sebelum ini, ia telah dilaporkan Apple sedang menguji kenderaan swapandu mereka, namun ia telah sekian lama tidak kedengaran lanjut berkenaan pembangunan teknologi berkenaan – sekaligus membuatkan ramai tertanya-tanya berkenaan perkembangan projek swapandu daripada Apple.

Sumber : Amanz