”Sultan Berjiwa Rakyat”, YDP Agong Cemar Duli Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kemalangan

Sebelum ini tular di media sosial Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sanggup mencemar duli dan beratur bagi membeli makanan di KFC bersama rakyat yang lain.

Hari ini, Seri Paduka Baginda Tuanku sekali lagi membuatkan rakyat kagum dengan peribadinya yang baik dan berjiwa rakyat.

Baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi bagi membantu seorang mangsa kemalangan di sebuah jalan raya di Putrajaya ketika dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Istana Melawati di sini.

Pemandu kereta tersebut, Puan Jasliza Jamil walaubagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Raja berjiwa rakyat

Berikutan itu, ramai warga maya yang memuji tindakan Seri Paduka Baginda yang berjiwa rakyat itu.

Sumber: Istana Negara

Sumber : SiakapKeli