Facebook Malaysia Melancarkan Program Semakan Fakta – Mengelak Sebaran Berita Palsu

Hari ini Facebook telah mengumumkan program  Semakan Fakta (Fact Checking) di Malaysia, hasil daripada kerjasama Agence France Presse (AFP). Kerjasama ini dijalankan bagi membanteras penyebaran berita palsu di Malaysia sekaligus dapat membentuk komuniti yang berinformasi.

Dengan kerjasama ini, AFP akan menyemak ketepatan sesuatu maklumat di dalam sesuatu berita yang disebarkan di Facebook, termasuklah gambar dan video.

Kesan daripada semakan berita yang dibuat oleh AFP ini akan menyebabkan sesuatu berita palsu itu dipaparkan di bahagian bawah pada halaman News  Feed bagi menjadikan penyebarannya di sosial media semakin berkurangan. Penyemak fakta (fact-checkers) AFP akan menyemak sesuatu fakta di dalam artikel yang disebarkan di Facebook dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, seterusnya akan  merujuk kepada sesuatu kriteria apabila sesuatu berita itu disyaki palsu.

Apabila penyemak fakta pihak ketiga ini menulis artikel berkenaan sesuatu kandungan, Facebook akan memaparkan artikel artikel yang terkait dibawah artikel yang disebarkan di halaman News Feed. Pentadbir Facebook Page (Page Admin) dan pengguna Facebook juga akan menerima notifikasi sekiranya mereka ingin menyebarkan atau sudah menyebarkan sesuatu berita palsu tersebut. Hal ini sekaligus memberi pilihan kepada pengguna Facebook untuk membuat keputusan samaada untuk terus membaca, percaya atau meyebarkannya.

Pihak Facebook juga akan membuang akaun dan kandungan yang melanggar Community Standards dan Ad Policies mereka.  Hal ini dilihat akan menambahbaik sesuatu kualiti kandungan yang disebarkan di sosial media sekaligus mengurangkan penyebaran berita palsu.

Program Semakan Fakta ini telahpun beroperasi dengan hasil kerjasama daripada 54 rakan kongsi dari seluruh dunia yang meliputi 43 jenis bahasa. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga Facebook akan bertindak daripada laporan yang dibuat oleh pengguna Facebook seterusnya akan menyerahkan kepada penyemak fakta untuk membuat semakan.

Melalui program yang dilancarkan oleh Facebook hari ini, ia dilihat sebagai salah satu inisiatif daripada pihak mereka untuk membendung masalah penyebaran berita palsu sekaligus membentuk satu komuniti berinformasi daripada berita yang sebenar.

Layari: Laman Facebook Untuk Maklumat Lanjut

Sumber : Amanz