Teknologi Robot Mampu Perbaiki Diri Mereka Sendiri

Grafin
telah menjadi penyelesaian ajaib untuk menghasilkan bateri yang lebih baik,
perisai yang lebih kuat, elektronik yang lebih fleksibel serta banyak lagi.
Sekarang, grafin sembuh sendiri (self-healing)
dapat melakukan lebih banyak lagi.

Pasukan
penyelidik dari Tsinghua University telah menghasilkan gel grafin
yang kuat apabila kering tetapi mampu renggang dan sembuh sendiri apabila
basah. Mereka mencapurkan beberapa helaian grafin kemudian ditambah dengan asid
poliakrilik yang mempunyai penyerapan air yang bagus. Cantuman ini kemudiannya
ditambah dengan kalsium karbonat.

Gel
yang stabil ini dibentuk apabila basah menjadikannya ia cukup lembut untuk
dipancut dari pencetak 3D dan dibelitkan menjadi tali. Ia menjadi keras seperti
grafin yang lebih kuat daripada keluli apabila kering. Paling menarik, apabila
bahan ini dibelah dua, ia mudah untuk bercantum semula.

Gel
seperti pernah dihasilkan sebelum ini, tetapi sifat grafin adalah bonus. Grafin
mempunyai pengaliran elektrik dan haba yang menjadikan gel ini dapat
membangunkan pelbagai teknologi. “You can
change the shape, you can wet it and dry it, break it apart and stick it back
together, you can do interesting things with it.” –
Marek Urban dari Clemsan University.

Menurut
Hongwei Zhu, ketua pasukan penyelidik tersebut, bahagian robot dapat dihasilkan
daripada gel ini yang mampu sembuh sendiri apabila dilontarkan ke dalam air.

RUJUKAN:

  1. Lin, S.,
    Zhong, Y., Zhao, X., Sawada, T., Li, X., Lei, W., … & Zhu, H. (2018).
    Synthetic Multifunctional Graphene Composites with Reshaping and Self‐Healing Features via a Facile Biomineralization‐Inspired Process. Advanced Materials30(34),
    1803004.
  2. https://www.newscientist.com/article/2175225-self-healing-graphene-could-make-robots-that-fix-themselves-with-water/
  3. New
    Scientist ISSUE 3189 agress to indemnify New Scientist Ltd and New Scientist
    against any claim arising from incorrect or misleading translation.

The post Teknologi Robot Mampu Perbaiki Diri Mereka Sendiri appeared first on The Patriots.

Sumber : ThePatriots