Majikan Wajib Buat 10 Perkara Ini Jika Sudah Mula Ambil Pekerja Di Syarikat Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dengan keadaan ekonomi yang mencabar ini, susahnya untuk cari kerja dan bekemungkinan untuk mudah berhenti. Mungkin ada sebab mengapa para pekerja berhenti kerja dan yang paling utama adalah majikan. Nampak tak betapa pentingnya peranan seorang majikan dalam alam pekerjaan.

Untuk jadi seorang majikan bukan boleh sewenang-wenangnya duduk bersila dalam saja tetapi anda perlu teliti dengan semua perkara yang dilakukan di pejabat dan pekerja. Untuk menjadi seorang majikan yang bertanggungjawab dan dedikasi, anda perlu ikut tips berguna ini.

10 ‘benda’ ini perlu dititikberatkan oleh para majikan untuk ambil pekerja dalam organisasi anda. Perkongsian ini daripada Dr Norizan Sharif di laman Facebooknya. Semoga ia bermanfaat kepada majikan dan pekerja.

1. Keluarkan surat tawaran kerja. Buat employment contract. Usah tawar kerja guna WhatsApp saja.

2. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk staf lapor diri. Dengan cara itu mereka boleh letak jawatan di tempat lama dengan baik. Usah tunjukkan kita desperate sangat dengan minta staf baru lapor diri 24 jam.

3. Usah ikat staf dengan perjanjian bukan-bukan. Untuk staf yang baru graduate atau junior staff, cukup minta sebulan notis untuk berhenti. Untuk staf pengurusan dan kanan, boleh letakkan tempoh notis tiga bulan.

4. Buat bayaran EPF/SOCSO staf. Ini masa depan mereka. Usah makan duit haram dengan songlap EPF staf yang kita telah potong.

5. Buat bayaran gaji sebelum hujung bulan agar mereka boleh bayar sewa rumah dan lain-lain dengan mudah. Apabila kita bayar gaji lambat, mereka terpaksa bayar penalti lambat bayar bil.

6. Setiap tahun buat performance review. Maklumkan kelemahan dan kelebihan staf. Sekiranya sesuai, naikkan gaji mereka. Kalau tak mampu banyak, sedikit pun tak mengapa.

7. Sekiranya staf nak berhenti, usah ambil hati sangat. Terimalah hakikat bahawa apabila syarikat kita kecil, kita tak mampu nak beri semua yang staf nak. Biasalah staf keluar/masuk syarikat kecil.

8. Apabila staf hantar surat resignation, balas dan ucapkan terima kasih. Sama ada kita balas atau tidak, sekiranya mereka beri notis ikut tempoh, notis itu sah.

9. Sekiranya staf resign dengan baik dan kemudian pohon balik kerja, pertimbangkan macam biasa. Sekiranya sesuai, ambil balik. Usah nak sakit hati dan dendam tak tentu pasal.

10. Apabila staf buat hal dan ada masalah disiplin, buat siasatan dalaman. Berikan staf peluang bela diri. Bukan buang kerja ikut suka hati. Walaupun syarikat kita kecil, hati kita sebagai majikan mesti besar!

Memahami 10 perkara di atas akan membuatkan anda buka mata dan tidak melakukan kesalahan yang remeh sebagai majikan yang berkaliber. Sentiasa bersedia dan selalulah bertindak dengan bijak, tidak kira dalam alam pekerjaan atau kehidupan.

Sumber: Norizan Sharif

Sumber : SiakapKeli