TNB Ingin Membawa Penawaran Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Mereka Ke Perak

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini telah memulakan ujian rintis penawaran akses jalur-lebar sehingga 1Gbps di Jasin, sekaligus membuka infrastruktur mereka kepada pelbagai penyedia perkhidmatan internet (seperti Celcom, Digi, Maxis, dan lain-lain) untuk menawarkan perkhidmatan kepada para pelanggan.

NCP

Terbaru, ia dilihat TNB turut ingin menawarkan infrastruktur mereka untuk digunakan oleh penyedia perkhidmatan di kawasan Perak.

Bercakap mengenainya, kerajaan negeri Perak mengatakan mereka telah menerima cadangan daripada pihak TNB, dan keputusan lanjut akan dilakukan dalam beberapa minggu lagi.

TNB sebelum ini terlibat dalam projek NFCP, sekaligus membuka infrastruktur jalur-lebar mereka kepada para penyedia – sekaligus membolehkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi ditawarkan kepada para pengguna dikawasan luar bandar.

Kerajaan Perak menyasarkan untuk memperkenalkan projek internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar sekitar Perak ini seawal tahun ini.

Sumber : Amanz