Samsung Galaxy A50 Menerima Skor DXOMark Sebanyak 83 – Lebih Baik Berbanding iPhone 6

Peranti kelas pertengahan Samsung Galaxy A50 telah memasuki pasaran Malaysia pada Mac lalu dengan harga jualan yang amat kompetitif. Seperti biasa sebelum membeli peranti ramai akan mengambil kiri kemampuan kamera. Bagi peranti Galaxy A50, laman DXOMark telah memberikannya skor 83 markah. Ini adalah skor yang lebih tinggi berbanding iPhone 6 yang menerima 73 markah.

DXOMark memberikan 85 markah untuk kemampuan fotografi dan 79 markah untuk kemampuan videografi Galaxy A50. Pujian diberikan kepada gambar yang terang dengan dedahan yang baik. Kemampuan auto fokus juga adalah pantas. Kekurangan terletak pada gambar mod malam yang tidak begitu memuaskan. Ini adalah perkara yang kami sentuh di dalam ulasan Galaxy A50 kami.

Sumber : Amanz