IT’S OK Ialah Pemain Kaset Pertama Dengan Sokongan Bluetooth 5.0

Sony Walkman menyambut ulang tahun yang ke-40 minggu ini. Pemain kaset mudah alih ini memacu jualan kaset pada dekad 80an dan menjadikan Sony nama besar dalam industri audio visual. Bagi mereka yang gemar menggunakan peranti retro, pemain kaset mudah alih IT’S OK baru sahaja dilancarkan.

IT’S OK ialah pemain kaset pertama dengan sokongan bluetooth 5.0 dihasilkan oleh NINM Lab. Ini membolehkan ia ditambat kepada fon kepala, fon telinga dan pembesar suara nirwayar di pasaran. Kesemua pemain kaset di pasaran sebelum ini hanya mempunyai bicu audio 3.5mm. Malahan anda mungkin tidak tahu Sony Walkman pertama hadir dengan dua bicu audio 3.5mm bagi memudahkan perkongsian audio antara dua pengguna. Bagi yang berminat IT’s OK dijual pada harga $63 (~RM 260) sebuah.

Sumber : Amanz