Samsung Australia Dituduh Mengelirukan Pengguna Mengenai Ketahanan Air Peranti Galaxy

Peranti mercu Galaxy S sudah mempunyai kemampuan S. Pada awalnya sistem pintu digunakan pada Galaxy S5 bagi mendapatkan tahap ketahanan IP67. Peranti Galaxy S10 kini hadir dengan port terbuka tetapi mempunyai tahap ketahanan IP68. Di Australia, Samsung telah dituduh mengelirukan pengguna mengenai tahap ketahanan sebenar peranti Galaxy yang dijual.

Galaxy S10 diiklankan dengan kemampuan kalis air sehingga 1.5 meter selama 30 minit. Tetapi Samsung Australia tidak mendedahkan ini hanya diuji dengan air tawar bukannya air masin yang berbeza. Tambahan lagi iklan menunjukkan peranti digunakan di dalam kolam dan pantai sedangkan di dalam terma jaminan peranti Samsung meletakkan klausa penggunaan pada dua tempat tersebut tidak digalakkan.Kerosakan akibat air dan debu juga tidak dilindungi di bawah jaminan Samsung Australia.

Oleh sebab pengiklanan yang mengelirukan ini, Samsung Australia akan dihadapkan ke mahkamah oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia. Akibat pengiklanan yang tulus ini, pelanggan mungkin mungkin tertipu dengan kemampuan kalis air sebenar peranti dan melakukan pilihan yang tidak tepat untuk penggunaan harian mereka.

Sumber : Amanz