Sering Digunakan Sebagai Meme, Jangan Terkejut Dengan Fakta Sebenar ‘Budak’ Ini

Kalau korang seorang pengguna tegar media sosial terutamanya Facebook dan Twitter, korang mesti pernah jumpa atau guna sendiri ‘meme’ dengan wajah budak lelaki warga Nigeria di bawah:

Sumber: Gfycat
Sumber: Tenor

Siapakah budak lelaki ini? Mengapa dia begitu popular sehingga imejnya digunakan di seluruh dunia? Ini beberapa fakta menarik mengenai budak ini yang ramai tidak tahu.

Osita Iheme, selebriti popular Nigeria

Nama sebenarnya ini ialah Osita Iheme dan dia merupakan salah seorang selebriti filem paling popular di Nigeria. Popularitinya mula memuncak selepas memegang watak Paw Paw dalam sebuah filem tempatan, Aki na Ukwa.

Dia bukanlah ‘budak’ lelaki seperti dijangka

Pasti ramai yang menjangka Osita adalah seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan bawah 12 tahun. Jangan terkejut, dia sebenarnya berumur 37 tahun pada tahun ini dan dilahirkan pada 20 Februari 1982.

Sumber: Tenor

Pengasas ‘Inspired Movement Africa’

Osita bukan sahaja handal berlakon, malah beliau juga seorang yang berdedikasi dan mahu membangunkan dunia hiburan di Nigeria dan Afrika.

Untuk merealisasikannya, beliau telah mengasaskan Inspired Movement Africa yang bertujuan untuk menggalakkan, memotivasi dan membangunkan minda anak muda di sana.

Selain daripada itu, antara fakta menarik lain mengenai lelaki ini ialah beliau merupakan pemegang kelulusan dalam bidang Sains Komputer dari Lagos State University.

Tambahan lagi, Osita pernah memenangi anugerah Lifetime Achievement Award(Pencapaian Sepanjang Hayat) dalam African Movie Academy Award 2011.

Selain Osita, dunia filem antarabangsa juga memiliki beberapa bintang ‘kerdil’ popular, antaranya Peter Dinklage(gambar) yang membintangi siri popular HBO, Game of Throne.

Foto: Variety

Malah, industri filem negara kita sendiri pernah memiliki bintang seperti ini satu masa dahulu iaitu Ibrahim Pendek yang juga pernah membintangi sebuah filem Hollywood.

Kejayaan yang dicapai oleh mereka ini membuktikan walaupun memiliki kekurangan, seseorang itu masih boleh mencapai kejayaan dalam hidup sekiranya kita berusaha selain pandai mencari peluang.

Sumber: BuzzNigeria,

Sumber : SiakapKeli