Dakwa Boleh Kuatkan Tenaga Batin, Limpa Ikan Terusan Jantan Dijual Puluhan Ribu Ringgit

Manfaat kesihatan menjadi antara faktor utama sesuatu produk makanan atau minuman itu mendapat permintaan ramai, walaupun kadang kala harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Salah satu daripada produk yang mempunyai ciri tersebut ialah limpa ikan terusan(tirusan/tyrusan) jantan. Tahukah anda, ia boleh dijual pada harga mencecah RM60,000 sekilogram?

Ya dan itu tidak menghalangnya daripada mendapat permintaan yang tinggi dari pelanggan.

Foto: Mata Cangkuk

Antara punca utama limpa ikan terusan ini memperolehi permintaan sedemikian ialah ia didakwa boleh menyembuhkan dan menambahkan kekuatan batin, penguat buah pinggang dan mengekalkan awet muda.

Menurut sumber, limpa tersebut sering dibuat sup dengan campuran beberapa bahan lain. Namun, sebelum ia boleh dijual, penjual perlu mengeringkannya selama lebih kurang dua hari terlebih dahulu.

Keadaan limpa semasa baru diambil(kiri) dan selepas dikeringkan(kanan). Foto: IndoCropCircles

Walaupun limpa ikan terusan betisan juga boleh digunakan, akan tetapi limpa terusan jantan dikatakan lebih berkhasiat. Akan tetapu, ia lebih sukar didapati sekaligus menjadikannya dijual pada harga lebih mahal.

Maka, tidak hairan jika para nelayan sanggup menghabiskan masa yang lama demi ‘menaikkan’ ikan terusan ini. Di Malaysia, ikan ini sering dijumpai di kawasan sungai dan lebih mudah didapati di sekitar negeri Sarawak.

Sumber: IndoCropCircles

Sumber : SiakapKeli