Akses Internet Guna Wi-Fi Awam, Berikut Tiga Kesilapan Besar Perlu Elak Supaya Maklumat Tak Bocor

Kebanyakan kedai makan dan juga premis-premis perniagaan mengambil langkah untuk menawarkan sambungan internet tanpa wayar (Wi-Fi) percuma sebagai daya penarik kepada pelanggan yang berkunjung. Disebabkan kemudahan tersebut, ramai yang menjadikan tempat-tempat seperti kafeteria sebagai lokasi untuk melayari internet. Tidak kiralah anda melayari internet sama ada menggunakan telefon bimbit ataupun komputer riba, anda perlu mengetahui risiko disebaliknya.

Sememangnya menggunakan Wi-Fi awam seperti yang terdapat di kedai-kedai makan, lapangan kapal terbang dan juga pusat kemudahan internet mempunyai risiko yang boleh menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah. Oleh itu, pelbagai kes jenayah di alam maya boleh berlaku seperti godam dan juga kiriman virus yang boleh menjejaskan sistem dan peranti anda.

Namun begitu, perkara ini bukanlah bermakna Wi-Fi awam tidak boleh digunakan sama sekali, tetapi perlu lebih berhati-hati ketika menikmati kemudahan itu. Selain itu, pengguna juga dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan Wi-Fi awam tersebut tanpa batasan. Oleh itu, berikut merupakan tiga kesilapan terbesar yang tidak boleh anda lakukan ketika menikmati kemudahan percuma ini.

  1. Mengakses Data Peribadi

Pengguna memanfaatkan internet untuk berhubung dan juga berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Namun, sekiranya maklumat yang ingin disalurkan itu dalam bentuk peribadi, anda dinasihatkan untuk mengelaknya ketika menggunakan kemudahan Wi-Fi awam. Begitu juga sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi urusan bank anda seperti menyemak baki akaun dan urusan jual beli, maklumat peribadi bank anda berisiko terdedah kepada jenayah siber.

Perkara ini kerana penggodam hanya memerlukan beberapa klik pantas bagi mendapatkan maklumat peribadi dan sudah pastinya anda akan mengalami kerugian yang besar.

Gambar: Mobile Banking

2. Mengabaikan Terma dan Syarat

Setiap kali anda cuba untuk menggunakan Wi-Fi awam, sudah pastinya anda perlu mengambil masa yang lama untuk membaca ‘Terma dan Syarat’ sebelum anda mengakses perkhidmatan tersebut. Namun, kebanyakan orang lebih memilih untuk mengabaikan dan terus menerima notis berkenaan tanpa membacanya terlebih dahulu.

Anda mungkin berada dalam bahaya sekiranya melakukan perkara tersebut kerana kebanyakan syarikat yang menawarkan akses internet percuma kepada pelanggan mempunyai niat yang tidak baik. Perkara ini kerana mereka ingin melombong data anda supaya dapat dijual dalam masa terdekat ataupun menyampaikan kepada pihak ketiga yang sanggup membayar dengan kos yang tinggi bagi mendapatkan maklumat anda. Oleh itu, anda terlebih dahulu perlu membaca dengan teliti sebelum menerima sebarang notis yang muncul.

Gambar: Knowzy

3. Tidak Mengaktifkan VPN

Sebarang urusan yang anda lakukan menggunakan internet dapat dilindungi sekiranya anda mengaktif Private Internet Acces VPN sepanjang masa. Aplikasi ini sangat penting kerana dapat menghalang penggodam yang berniat jahat yang ingin mencuri data peribadi anda.

Dengan mengaktifkan VPN, anda dapat melayari internet tanpa menggunakan akaun anda sendiri dan ternyata dapat menyelamatkan data peribadi anda. Selain itu, VPN juga bermanfaat bagi anda untuk melayari sebarang halaman tanpa batas walaupun di mana-mana anda berada.

Gambar: Tech.Co

Melayari internet menggunakan Wi-Fi percuma sememangnya mendapatkan manfaat kepada anda kerana anda dapat menjimatkan kuota internet persendirian anda. Namun, anda juga perlu sedar bahawa terdapat risiko yang besar dihadapi oleh anda ketika menikmati kemudahan ini.

Sumber: Curiosity

Sumber : SiakapKeli