“Ya Allah, Zalimnya…” Tergamak Sembur Cat, Ikat Monyet Hanya Kerana Durian Dicuri

Manusia diciptakan dengan hati dan perasan untuk saling menyayangi, bukan sahaja sesama manusia tetapi juga dengan alam sekitar, haiwan dan makhluk di sekitarnya. Namun, sebuah video yang tular sejak dua tiga hari ini seakan-akan menafikan hakikat tersebut.

Rakaman yang berdurasi 45 saat itu memaparkan keaadan sayu seekor monyet yang berwarna merah, dipercayai kerana telah sembur dengan cat. Monyet berkenaan tertenlang di atas rumput sementara kaki dan tangannya diikat pada sebatang paip dan buat durian.

Wajah pilu haiwan berkenaan pasti menyentak hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Menurut individu yang memuatnaik video terbabit, monyet tersbeut didakwa telah mencuri buah durian. Oleh kerana itu, monyet terbabit telah ditangkap dan diperlakukan sedemikian rupa.

Rakaman itu sebenarnya mula dimuatnaik di dalam sebuah group awam di laman Facebook sebelum menjadi viral.

Lantaran itu, video berkenaan dihujani pelbagai reaksi dan komen daripada netizen.

Tak takut pembalasan di akhirat ke?

Ya Allah, Kesian tengok muka dia

Haiwan tu mana ada akal

Monyet pun ciptaan Tuhan, Gunakanlah akal fikiran

Kongsilah rezeki tu dengan haiwan

Sumber : SiakapKeli