Syarikat Jepun Bagi Cuti Enam Hari Pekerja Tak Merokok

Merokok merupakan tabiat segelintir daripada kita yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas. Pelbagai usaha dan langkah telah diambil oleh pihak bertanggungjawab untuk menangani masalah ini.

Namun, sehingga sekarang perkara tersebut seperti sukar untuk diselesaikan secara menyeluruh. Buktinya masih banyak perokok dapat dilihat di luar sana.

Walau bagaimanapun, sebuah syarikat di Jepun telah menjalankan inisiatif terhadap pekerjanya dimana pekerja yang tidak merokok akan diberikan cuti selama enam hari supaya dapat mengimbangi masa yang digunakan oleh pekerja yang merokok.

Aktiviti merokok memerlukan lebih kurang 3-5 minit bagi menghabiskan sebatang rokok. Namun, disebabkan terdapat larangan merokok di dalam pejabat, pekerja-pekerja yang merokok perlu turun ke bilik merokok untuk melaksanakan ‘hajat’ mereka itu.

Gambar: Shiba Park Hotel

Disebabkan pejabat syarikat itu terletak di tingkat 29, pekerja ingin ke bilik merokok memerlukan sekurang-kurangnya 10 minit untuk menuju ke sana. Ditambahnya lagi dengan waktu merokok, seseorang pekerja boleh menghabiskan sekitar 25 minit untuk pergi ke bilik merokok.

Walaupun begitu, masa yang digunakan ketika merokok bukanlah disia-siakan begitu sahaja. Malah mereka membincangkan urusan-urusan kerja dan saling bertukar idea.

Menurut pegawai di syarikat tersebut, Hirotaka Matsushima, mereka mengambil langkah untuk tidak menghukum perokok disebabkan berlakunya urusan kerja walaupun ketika merokok.

Tetapi pada masa yang sama, perbualan mereka dibilik merokok kebanyakannya mengenai kerja, mereka bertukar idea dan saling berunding.

Jadi kami memutuskan lebih baik memberi ganjaran kepada bukan perokok daripada menghukum perokok.

Gambar: Personnel Today

Pelaksanaan ini membuahkan hasil apabila empat daripada 42 orang pekerja yang merokok telah menghentikan tabiat itu. Namun, syarikat juga meletakkan syarat bahawa sekiranya pekerja tidak merokok mampu bertahan dalam tempoh setahun, mereka akan diberikan ganjaran enam hari cuti berbayar.

Sumber: South China Morning Post

Sumber : SiakapKeli