Malaysia Ungguli Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Seluruh Dunia

Malaysia sekali lagi mengukir nama dipersada dunia setelah menduduki tempat pertama dalam penjagaan kesihatan terbaik di dunia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dan juga mempunyai infrastruktur canggih. Rekod ini dapat dilihat menerusi kategori Penjagaan Kesihatan Global Retirement Index 2019 yang diterbitkan baru-baru ini.

Berdasarkan laporan indeks oleh laman web Living International, Perancis muncul di tempat kedua diikuti oleh Thailand di tempat ketiga, Ecuador di tempat ke empat manakala Mexico dan Costa Rica ditempat kelima.

Berbekalkan 12 hospital terakreditasi JCI di Malaysia dan hampir setiap doktor fasih berbahasa Inggeris, Malaysia dianggap layak untuk menduduki tempat pertama di bagi kategori penjagaan kesihatan terbaik di dunia. Selain itu, empat hospital di Kuala Lumpur dan dua di Pulau Pinang yang kerap sibuk diberikan standard emas dalam penilaian penjagaan kesihatan seluruh dunia oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa.

Tambahan lagi, ahli farmasi seperti kakitangan perubatan Malaysia yang lain merupakan kakitangan yang terlatih sehingga dapat memberikan perkhidmatan yang sangat baik. Menurut seorang responden dari International Living, Keith Hockton, salah sebuah hospital di Pulau Pinang memberikan perkhidmatan terbaik kepadanya.

Saya memutuskan untuk masuk ke Hospital Lam Wah Eee. Saya telah mendaftar dan mendapati diri duduk di luar bilik pemeriksaan tidak sampai lima minit setelah tiba. Dalam masa sejam, saya telah diperiksa oleh seorang doktor, menjalani pemeriksaan ECG dan ujian darah dan air kencing…. dan saya dalam perjalanan pulang.

Jumlah kos lawatan itu hanya $ 44 (RM181) Doktor yang telah meneliti saya memanggil saya lewat petang itu dengan keputusannya. Ini tahap perkhidmatan yang menjadikan perubatan di Malaysia bukan hanya pilihan yang menarik tetapi juga yang tidak menakutkan. Semuanya begitu mudah.

Sumber: The Daily Star

Sumber : SiakapKeli