”Terkorbannya Seorang Ibu..” Mangsa Pertama Meninggal Dunia Akibat Kes Pencemaran Pasir Gudang

Baru-baru ini, insiden pencemaran udara di Pasir Gudang telah menyaksikan ratusan pelajar dan guru daripada beberapa buah sekolah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan.

Isu pencemaran tersebut bukan sahaja menjejaskan warga sekolah malah penduduk di kawasan sekitar turut mengalami nasib yang sama.

Terbaru, seorang penduduk di Cahaya Masai, Pasir Gudang telah meninggal dunia akibat pencemaran tersebut setelah mengalami sesak nafas selama beberapa hari.

Menerusi satu hantaran terbaru yang dimuat naik di media sosial oleh bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, beliau mengucapkan takziah kepada mangsa yang dikenali sebagai Marini Kasman.

Mendapat perkhabaran bahawa Pn. Marini Kasman, penduduk Cahaya Masai, Pasir Gudang mangsa pertama meninggal dunia kerana sesak nafas akibat Pencemaran Udara di Pasir Gudang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Ismail, Johor Bahru dipercayai akibat kekurangan oksigen dalam darah.

Salam takziah buat suami mangsa, En. A. Bakar Abd Rahman dan keluarga. Semoga tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Sumber : DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Sumber : SiakapKeli