Dibayar Lebih RM2000 Setiap Bulan, Pulau Ini Perlukan Penduduk Segera

Memiliki rumah sendiri merupakan impian bagi setiap orang terutamanya golongan muda yang baru ingin membina kehidupan yang lebih selesa. Disebabkan harga rumah yang melambung tinggi, hasrat tersebut amat sukar untuk dipenuhi.

Namun, lain pula bagi satu tempat ini yang sanggup membayar sesiapa yang berpindah ke penempatan mereka. Pihak kerajaan di situ juga berjanji untuk memberikan mereka tempat tinggal serta modal untuk memulakan perniagaan. Jumlah yang ditawarkan adalah sebanyak $565 (RM2336) pada setiap bulan jika bersetuju memulakan kehidupan di kawasan ini.

Pulau Antikythira, terletak kira-kira 45 minit dari Athens, Greece melalui penerbangan kapal terbang. Mereka merancang untuk membayar elaun selama tiga tahun kepada keluarga yang berpindah ke situ bagi memenuhi keperluan awal semasa berpindah. Perkara ini berikutan pulau tersebut tidak mempunyai jumlah penduduk yang banyak dan berusaha untuk membentuk komuniti masyarakatnya semula.

Pada awal abad ke-20, terdapat sejumlah 300 penduduk yang mendiami kawasan tersebut, namun kebanyakannya memilih untuk berpindah ke bandar-bandar utama yang lebih sibuk. Menurut Andreas Charchalakis, Presiden Majlis Tempatan Antikythira, mereka memerlukan keluarga muda bagi memulihkan komuniti di situ.

Kami mencari banyak keluarga untuk ‘memulihkan’ pulau kami. Kami memerlukan keluarga muda untuk menjadikan Antikythira hidup dan penuh dengan suara kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, pulau ini agak mundur dari segi kemodenan dan pembangunan seperti di bandar-bandar besar. Namun, pulau ini masih mempunyai kemudahan elektrik dan juga sambungan internet.

Menurut laporan, empat keluarga telah diterima dan mula menikmati pulau indah tersebut berserta elaun-elaun seperti yang dijanjikan.

Sumber: Elite Readers

Sumber : SiakapKeli