Lenovo Menawarkan Diskaun Sehingga 27% Untuk Pembelian ThinkPad

Minggu ini menyaksikan sejumlah pengeluar menawarkan diskaun bersempena dengan promosi 7.7. Pihak Lenovo turut tidak ketinggalan dan dilihat menawarkan diskaun untuk beberapa komputer riba mereka.

Lenovo 77 Promosi

Antara diskaun yang ditawarkan adalah untuk ThinkPad X1 Carbon yang mana boleh didapati pada harga bermula RM4744.27 (berbanding harga biasa RM6499), ThinkPad X1 Extreme pada harga bermula RM5912.27 (berbanding harga biasa RM8099), dan juga ThinkPad E480 yang boleh didapati pada harga bermula RM2489.17 (berbanding harga biasa RM2999).

Kesemua model ini hadir dengan sistem operasi Windows 19 Pro, selain turut memberikan kemudahan untuk anda membuat pengubah-suaian dan penaik-tarafan spesifikasinya.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan pada laman rasmi Lenovo Malaysia, dan menggunakan kupon SAVE77 untuk menikmati diskaun atas pembelian.

Sumber : Amanz