NASA Dedahkan Imej Satelit Detik-Detik Pulau Zalzala Koh Ditelan Lautan Hindi

Satelit telah berjaya merakam imej terkini sebuah pulau yang lenyap ‘ditelan’ oleh Lautan Hindi. Pulau berkenaan sebenarnya baharu sahaja ditemui setelah gempa bumi di Pakistan pada 2013 lalu.

Gambar: The Sun UK

Pulau kecil ini diberi nama Zalzala Koh atau lebih dikenali sebagai ‘Gunung Gempa Bumi’ kerana ia tiba-tiba muncul setelah berlakunya letusan gunung berapi lumpur di Lautan Hindi. Malah fenomena gempa bumi ketika itu adalah salah satu daripada bencana alam terburuk pernah melanda Pakistan yang mengorbankan 800 orang.

Gambar: NASA

Namun menurut pakar, pulau tersebut tidak akan mampu bertahan kerana saiznya yang hanya selebar 90 meter, sepanjang 40 meter dan setinggi 20 meter.

Gambar: NASA

Dan kata-kata itu menjadi kenyataan apabila imej satelit Nasa menunjukkan bahawa pulau terbabit perlhaan-lahan tenggelam di lautan sehingga ia berada sepenuhnya di bawah air pada April 2019.

Walaupun begitu, Zalzala Koh masih kekal di bawah permukaan laut dan mungkin akan timbul kembali suatu hari nanti.

Sumber: RT 

Sumber : SiakapKeli