Rekaan Kerangka Samsung Galaxy Note 10 Tertiris Lagi Mengesahkan Ketiadaan Bicu Audio

Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos hadapan di acara Unpacked. Dua model Galaxy Note 10 dikhabarkan akan diperlihatkan buat pertama kali dalam sejarah. Terdapat banyak spekulasi mengenai model terkini phablet ini dan antaranya ialah tiada lagi sokongan bicu audio 3.5mm.

Hujung minggu lalu sebuah lagi imej pengolokan kerangka telah tertiris ke arena web yang mengukuhkan lagi ura-ura Galaxy Note 10 tidak akan dilengkapi bicu audio. Pada kedua-dua imej pengolokan kerangka, hanya lubang untuk pembesar suara dan stylus sahaja kelihatan. Pada bahagian atas pula terdapat petanda sebuah pemancar infra merah akan dikembalikan semula.

Ketiadaan bicu audio ini adalah mengecewakan kerana ia Galaxy Note dipasarkan sebagai peranti serba lengkap. Tanpa bicu yang menjadi standard sejak dari zaman awal peranti, ia memaksa pengguna untuk berubah ke aksesori nirwayar. Sebelum ini Galaxy A80 dan Galaxy Fold telah ditawarkan tanpa bicu audio. Jika imej pengolokan kerangka ini tepat, tidak mengejutkan jika peranti Galaxy S juga akan menyahbicu tahun hadapan.

Sumber : Amanz