Honor Telah Memasarkan Lebih 15 Juta Unit Honor 8X Sehingga Kini

Honor pada tahun lalu telah memperkenalkan Honor 8X yang merupakan peranti pertengahan pada harga mampu milik. Peranti ini cukup popular dalam kalangan pengguna, sehingga ia berjaya mencapai jualan lebih 15 juta unit sehingga hari ini.

Perkara ini dilaporkan oleh Naib Presiden Honor, Xiong Junmin, yang mana memperlihatkan angka jualan yang cukup impresif bagi model Honor X. Pada Oktober tahun lalu, peranti ini telah mencapai jualan lebih 10 juta unit dalam masa hanya 173 hari, sekaligus menjadikannya antara siri Honor X terlaris sejak 2013.

Pencapaian ini dapat dicapai atas penawaran yang seimbang pada harga yang berpatutan kepada pengguna. Honor 8X membawakan skrin penuh tanpa takuk pada saiz 6.5-inci LTPS LCD, cip Kirin 710, memori 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia juga membawakan sokongan dwi-kamera 20MP f/1.8 + 2MP (depth), kamera hadapan 16MP, dan bateri berkapasiti 3750 mAh.

Di Malaysia, Honor 8X telah dijual pada harga RM949 dan kini boleh didapati pada harga RM799. Dengan harga jualan yang berpatutan, tidak hairanlah peranti ini mampu dijual secara laris kerana ia padat dengan fungsi untuk disajikan kepada pengguna.

Sumber : Amanz