Si ‘kunyit’ intai lelaki berak sambil beronani didenda RM100

Seorang pembantu kedai yang didapati mengintai seornag lelaki yang sedang membuang air besar di dalam tandas di sebuah stesen minyak dikenakan denda RM100 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. 
Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Sweepin Sahirati, 28, berasal dari Sabah, selepas tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 
Sekiranya gagal membayar denda tersebut, Sweepin diperintah untuk menjalani hukuman penjara dua bulan. 
Berdasarkan pertuduhan, Sweepin didapati mengintai mangsa berusia 27 tahun yang bekerja sebagai kerani, pada jam 2.40 petang 27 Jun lalu di tandas lelaki di sebuah stesen minyak di Jalan PJS 8/9, Sungai Way, Petaling Jaya. 
Mangsa terdahulu memasuki tandas itu kerana sakit perut. Tetapi ketika sedang membuang air besar, mangsa ternampak bayang-bayang Sweepin melalui air takung pada lantai tandas yang juga sedang beronani. 
Mangsa kemudian ternampak satu lubang sebesar jari kelinking di mana Sweepin sedang memandangnya, sebelum ditahan dan mengaku telah mengintai mangsa. 
Sweepin yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan. 
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Hairuliqram Hairuddin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran. 
Sumber: Harian Metro

Sumber : TheReporter