Kenapa Bilah Kipas Tetap ‘Berat’ Dengan Habuk Walaupun Sentiasa Berputar, Macam Mana Boleh Melekat?

Habuk atau debu adalah sesuatu yang sangat menjengkelkan. Disebabkan oleh merekalah kita terpaksa mengemas rumah hampir setiap hari bagi mengelakkannya daripada terkumpul dengan banyak.

Debu ini adalah sangat ringan sehinggakan ia mampu diterbangkan dengan tiupan angin dari mulut sahaja. Namun, korang perasan tak, bilah kipas adalah antara kawasan paling mudah dipenuhi habuk dan debu walaupun ia sering meniupkan angin.

Pelik, kan? Sebenarnya tak pelik pun. Kalau korang nak tahu, ada teori sains yang berkaitan dengan kejadian ini. Tapi sebelum itu, jom kita kenal dulu.

Sebahagian besar habuk berasal dari manusia

Ya, sebenarnya tubuh badan kita sentiasa menjatuhkan beribu-ribu sel-sel kulit setiap minit, setiap hari. Sel-sel inilah yang membentuk sebahagian besar dari jumlah habuk yang berada di dalam rumah kita.

Gambar Hiasan(Foto: Wired)

Kalau korang ada bela haiwan peliharaan, maka jumlah habuk yang berterbangan di sekiling juga akan bertambah kerana haiwan juga melalukan perkara yang sama iaitu membebaskan sel-sel kulit mati ke udara untuk digantikan dengan yang baru.

Ia ditambah lagi dengan helaian rambut dan bulu yang bertaburan di atas lantai dan di atas meja-meja, memang merimaskan.

Putaran angin, bilah serta caj elektrik yang dibawa oleh debu

Apabila debu dan habuk halus berterbangan di ruang udara dalam rumah kita, putaran angin dari kipas akan menyebabkan ia lebih ‘meliar’ sehinggakan ada daripada mereka yang ‘mendarat di atas bilah kipas.

Tiupan angin hanya bertumpu di kawasan bawah bilah kipas manakala bahagian atasnya pula adalah lebih tenang. Maka sebab itulah, seringkali kita perhatikan kawasan atas bilah akan lebih teruk berhabuk berbanding kawasan bawah.

Foto: imgflip/Science ABC

Selain itu, zarah debu dan habuk ini juga memiliki satu caj elektrik yang membolehkan mereka menarik antara satu sama lain. Ia membolehkan debu dan habuk ini melekat sesama mereka dan membentuk gumpalan.

Perkara ini dapat diperhatika dia kawasan hujung bilah, di mana ketika bilah sedang berputar laju, habuk-habuk ini akan bertaut sesama mereka seterusnya membuatkan mereka bergumpal di bahagian hujung bilah.

Kejadian-kejadian ini adalah fenomena semulajadi dan pada dasarnya, tiada apa yang kita boleh lakukan untuk menghalangnya. Satu-satunya perkara yang boleh kita usahakan ialah dengan mencuci bilah kipas dengan kerap.

Ramai juga yang beri tips untuk memperlambatkan proses ‘pengumpulan’ habuk dan debu pada bilah kipas dengan cara sapukan campuran pelembut pakaian(softener) dengan cuka makanan serta air pada bilah kipas.

Ada ke antara korang yang pernah cuba tips ni? Kalau pernah, bolehlah kongsikan hasilnya bersama kami di ruangan komen ya.

Sumber: Science ABC, KnowsWhy

Sumber : SiakapKeli