Pemalam Chrome Ini Menyamarkan Skrin Netflix Untuk Kelihatan Seperti Panggilan Hangout

Kadang kala kerja di pejabat amat membosankan. Kami yakin ada di antara anda yang menstrim video di komputer kerja bagi mengurangkan kebosanan. Ini boleh dianggap mengular dan membahayakan anda sekiranya ditangkap oleh majikan. Bagi mereka yang ingin menonton Netflix dengan selamat di pejabat, pemalam Netflix Hangout boleh digunakan untuk menyorokkan apa yang ditonton.

Menerusi pemalam ini, video Netflix akan dipaparkan pada salah satu dari empat tingkap Hangout palsu. Tiga tingkap palsu akan memainkan video individu yang seakan-akan sedang melakukan perbincangan dengan anda. Pemalam ini menarik tetapi mungkin perlu hadir dengan tetapan mengubah video panggilan suara menggunakan pelakon dari benua Asia untuk menjadikan ilusi panggilan Hangout yang boleh lebih dipercayai.

Muat turun pemalam Netflix Hangout dari Chrome Web Store [/dowmload]

Sumber : Amanz