Adu Dhabi Memulakan Operasi Ladang Janakuasa Solar Terbesar Dunia Dengan 3.2 Juta Panel

Sumber kuasa yang lebih lestari sudah wujud berdekad lamanya dalam bentuk kuasa angin. ombak dan solar. Tetapi kerana harga petroleum yang rendah, tiga sumber tenaga lestari ini dilupakan hingga menyebabkan kerosakan alam yang kronik. Hanya sejak sedekad yang lalu usaha membangunkan semula ladang janakuasa lestari mula dilakukan dengan lebih serius pada peringkat global.

Ladang janakuasa solar terbesar di dunia telah memulakan operasi di Abu Dhabi dengan 3.2 juta panel solar. Ia mampu menjana tenaga sebanyak 1.177 gigawatt yang mencukupi untuk membekalkan tenaga untuk 90,000 pengguna sehari. Ladang Solar Noor Abu Dhabi ini adalah usaha kerajaan tempatan untuk mencapai sasaran 50% menjana tenaga dari sumber lestari menjelang 2050. Ia juga membekalkan kuasa pada rendah iaitu $0.0242 (~RM 0.1)  untuk setiap kWh. Di Malaysia tarif bermula dari 21.8 sen setiap kWh.

Noor Adu Dhabi ialah stesen janakuasa solar setempat terbesar di dunia. Tetapi gelaran ladang solar terbesar di dunia dipegang oleh Tengger Desert Solar Park yang terletak di China yang menjana 1.547 gigawatt tenaga sehari. Di Tengger beberapa ladang janakuasa dihubungkan untuk membentuk satu taman kuasa yang beroperasi secara berkelompok.

Negara kita juga tidak ketinggalan dan Projek Solar Berskala Besar (LSS) sudah beroperasi di Sepang sejak 2018. Ia menyumbang 50 MWac tenaga menerusi 230,000 panel solar yang meliputi kawasan sebesar 98 hektar.

Sumber : Amanz